Wednesday 25 May 2011

Nikmatilah Kehidupan

Hidup ini adalah amat singkat sekali pada insan yang bergelar manusia diatas muka bumi ini. Setiap orang mempunyai pelbagai cara yang tersendiri untuk menikmati kehidupan mereka. Pelbagai ragam ,cara dan kesukaan masing2. setiap orang haruslah mempuyai impian dan angan2 yang besar. kerana apabila terbitnya impian kita akan mengangankan ianya memjadi realiti dan tentulah kita ingin sekali merealisasikannya. Orang yang berimpian itulah orang yang berjaya kerana apabila tiada impian jadi tiada pencapaian individu tersebut..

Namun benar, impian sahaja tidak memcukupi untuk kita dapatkan sesuatu walaupun dalam percintaan . kita harus mempunyai sasaran untuk mencapai matlamat supaya ia benar2 dapat direalisasikan.  Jangan difikirkan kesusahan diri yang berlalu dan memenatkan fikiran dengan hal2 yang remeh dan temeh untuk difikirkan . Seandainya merasa kecewa dengan apa yang terjadi fikirkan benda2 lain yang dapat membakitkan mood dalam diri  dan aura semangat pasti akan terpancar. Bercakap dengan diri sendiri dan sediakan ruang yang sunyi seketika untuk merenungi kekhilafan diri kita.. Setiap yang berlaku pasti akan berakhir.


Tuesday 24 May 2011

Pantai Pasir Lanun@ Pantai Penyabong

Hari tu kami sekeluarga bercuti di pantai penyabong johor.... seronok memancing ikan...& mencandad sotong, tempatnya memang indah dan airnya sangat jernih dan bersih berbeza daripada pantai2 lain seperti tanjung Bidara, @ pantai port dickson...
Kami sekeluarga bermalam didalam boat house yang boleh menempatkan 8 orang dalam satu masa mempunyai 2 bilik dam mempunyai air-cond didalam bilik itu.

Ayahku Ahmad Bahari tidak melepaskan peluang untuk memancing. dan sempat menyewa boat untuk ke tengah laut. Kami yang perempuan hanya mandi2 dan berehat2 sahaja.

Dahulunya pantai ini di kenali dengan pantai lanun kerana pada saat itu ia manjadi port para lanun untuk membuat kubu mereka disebabkan keadaaan air yang tenang dan sesekali sahaja terdapat ombak2 kecik menghempas pantai. kerana ianya terlindung diantara pulau-pulau. Inya memang lubuk ikan...

Aktiviti siang kami... nina yang leka mencari anak2 ikan kecil yang terperangkap di celah2 batu...

Ni aku senang baik pulih kemah kecik yang aku pakai time blajar dulu...

Dan ini kanda aku yang begitu bangga dengan hasil tangkapannya.... berat parinya adalah dalam 18 kg.. berbaloi2 datang kesini
boat ni , semalam RM !50... memang tak rugi kalau memilih untuk bercuti disini.....




Thursday 19 May 2011

Hari ni.... hari untuk tingtong

jom kita g sauna...... bersama sis kavit n amy..... ade kupon free..... he..he...
moodd tulis blog jangan kasi bersawang....

Tuesday 10 May 2011

AKU SUKA CUTI ...

Agak2 yerlah... apakah pekerjaan yang sesuai untuk aku ni yer.... aku rasa cikgu kot... yelah banyak cuti sem, cuti tahun.... ke tak sonok???? ape yer.....

KENE DENDA TERNAK DENGGI...

Ha...ha.... baru sebentar tadi ada pihak kesihatan datang bernama En. Aris, memeriksa persekitaran Pusat Pertanian Asahan Gemencheh.... dan beberapa orang pembantunya....  check punya check tengok3 ada jentik2 engkau.... pucat lesi muka aku... iyerlah.... dikompoun atas nama pegawai tu... bukan jabatan... berdalih2 aku kata PRA tak cukuplah.... cutilah.... nanti kami clearkanlah.... haram dier nak layan muke sedeh aku ni.... Last2 trick bodo aku kata tak bawak IC...ha..ha... bodonyer aku!!!!  iyerlah.... dier kata JOM KEBALAI polis coz tak co-operat.... mampuih den mampuih!!!! duit2...duit2.....

Aku amek pakai hp cikai jerk.... tulah imej eh.... tak bape nak cun.... Ha...ha... nilah bonzer2 Pusat Pertanian Asahan...

Jgn Main2 engkau... dalam bilik air pon diorang check,... menyeluruh betul.... kat lubang2 yang tersumbat tu...

Kenangan Lalu puisi yang selalu aku puisikan kala Merdeka...

Musim demi musim...
Anak2 yang kau lahirkan , bangun dari mimpi- mimpi kehidupan antara 2 pengharapan..
Kemakmuran yang hak, kemenangan yang mutlak
Anak tercinta dibumi merdeka...
Lalu bersama sariyakin keagungan nya
melangkah Cekal Ia
Tanpa gusar Tanpa sendu
Memercikkan keringat di bawah hangat mentari mu...
Menunda arus gelombang mainan hidupmu...
Kerana Teluk Mutiara sejahtera meminta tanda tiap pengorbanan nya...
Kalau pemurkaannya pernah kau rasakan
Lantas menikam saraf nadi dan kemerdekaan

Banyak dah lupa bait2 puisi ni.... coz yng ni time tgkatn 5 nyer.... aku deklamasi peringakat daerah..... ha..ha..
....

Friday 6 May 2011

SIAPA KATA MELAYU KITA X LEH G???

Sepanjang perjalan aku ke Terengganu aku amat berbangga... melihat deretan kedai-kedai usahawan melayu kita... memang bukan sekali aku pegi kesana , tapi kali ini mata aku asyik benar melihat deretan-deretan kedai yang milik usahan kita, Tiada Ah Keong- Tiada Ah Lim_mahupon Ah tong, kalau ada pon jumlah nya adalah amat sedikit.... yang ada Ramli bin Seman , Maimunah Binti Ahmad.... ia !! ianya juga amat berdaya maju... Lihat saja kedai kopok2 lekor orang kita sehinggakan ada yang memasang nombor seperti di klinik2 kesihatan ... tujuannya adalah mengelakkan kesesakan....

Tak Percaya???

Lihat ni...

Kenapa aku semakin malas Update Entry....

Entahlah.... hidup kita ni kadang-kadang macam ombak.... sekali pasang..... beria-ria aku update.... bila dah surut.... haram kejadah aku nak sentuh pon.... itulah lumrah kehidupan....3hb-hingga 5hb , aku lawatan kerja ke Terengganu meninjau Inovasi terkini sistem penanaman dalam pasu menggunakan nama Auto vase... kosting agak mahal namun ia amat berbaloi dan boleh dipai berkali-kali.... Perjalanan adalah amat meletihkan.... naik van bayangkanlah bagaimana sakitnya pinggang aku.... Dapat pulak seorang usahawan yang amat suke berceloteh panjang..... tak boleh tido aku dibuatnya... cakap lepas- mulut tak berinsuran... entahlah, macam -macam manusia sekarang ni... ragam nya....

Sunday 1 May 2011

Skodeng ayahku....

Hari ni kami seleluarga pergi merisik bapak aku kat kolam pA
ancing.... Dan hasilnya...

TeRbaik Dari LadanG.....Just Click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CERITA YANG SUKE DI HEBOH2 KAN ni haa.......