Thursday, 3 March 2011

PROGRAM CIK POT BERSAMA AADK

Tak de cite nak storykan .... tapi oklah kot kalau cik pot kongsikan program cik pot bersama AADK.

AADK tu bermaksud Agensi Anti Dadah Kebangsaan bagi Daerah Tampin Negeri Sembilan.




Firstly tentulah kalau dah g umah owang kite kena jadi skema ckit. hari ni Cik Pot nak lecture diorang ckit2 jerk nak cite yang simple2 jerk tentang kaedah penanaman sayuran berbuah dan berdaun... Diorang ni adalah peserta yang menjalani rawatan pemulihan so mereka ni diberi pelnagai latihan yang disediakan oleh AADK. Salah satunye macam nilah menjemput Jabatan Pertanian untuk ajar berkobon.

Kemudian Cik Pot pon kenalah berbuih2 mencerabih kat depan tu sorang2 entahkan depa tu understood or not... whateverlah.... janji solasai. siap kena lukis2kan pic pokok laie... penderaan betul meka ni.... suka menduga penceramah ni .. yelah nak tahu ilmu secopot yang kito ado... tak po jap g konolah meka...

Ha... nilak time aku nak blasah diorang... yelah sumo eh orang laki2 mana tahan duk lama2 dalam bilik tu... rimas diorang ... actualy diorang ni dah buat ckit tapi tak bape nak menjadi... kali ni abis cik pot blasah diorang suh wat macam2... sape tak pegang tanah tu wajib pegang... sape yang  elak2 dari tahi ayam tu Cik Pot kasi ckit .... kui2...kui....

Ha...ha.... gelak Cik  Pot tengok meka dah tanam sayur sawi cam ni... Secopot je comel je.... he..he... Salah lah sayang tak boleh macam ni... Ia patutnye kena tanam secara berbaris  tak boleh rapat2 bagi mengelakkan persaingan ... sebaris2 dalanm 1.5m X o.5 meter batasnyer kira ok tapi pastikan bijik sawi engkorang tu dah dicampur dengan pasir  bagi menjarangkan bijik benih dan pertumbuhan .

Akhir sekali , dah poluh2 depa ni.... kitaorang ambik gamba sesama . dan paling best n sporting diorang ada gift kasi kat kiorang... so Cik Pot dengan berbesar hati dan terima kasih ucapkan tq kat AADK TAMPIN. n TQ gak kat BOS  Besar CiK Pot... nak dengar Cik POT mencerabih..... ( Yang pakai Kurung biru tu...)



Tuesday, 1 March 2011

PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA DI REPUBLIK KOREA TAHUN 2011


PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA DI REPUBLIK KOREA TAHUN 2011
Tajaan :Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Kategori :Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan
Syarat-syarat:
  1. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2011;
  2. Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan;
  3. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  4. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2007, 2008 & 2009 atau 2008, 2009 & 2010). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;
  5. Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
  6. Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;
  7. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
  8. Telah mengisytiharkan harta.
Tatacara Permohonan :
Tanggungjawab Pegawai:
a) Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan di LAMPIRAN A (Borang JPA(L) LDP 1B/96 [Pin. 2011 – BELIA])
b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:
  1. Borang JPA(L) LDP 1A/96 (LAMPIRAN B);
  2. Senarai Tugas; dan
  3. Salinan Kad Pengenalan calon.
c) Semua salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf atau lebih tinggi.
d) Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.
Tarikh- Tarikh Penting :
  1. Tarikh tutup pencalonan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan adalah pada 11 Mac 2011.
  2. Semakan panggilan ke sesi temuduga akan diumumkan di laman web JPA iaitu www.jpa.gov.my atauesilav2.jpa.gov.my pada 30 Mac 2011.
  3. Keputusan pencalonan yang berjaya akan diumumkan di laman web JPA iaitu www.jpa.gov.my atauesilav2.jpa.gov.my pada 29 April 2011.
  4. Program tersebut bermula pada 16 Mei 2011 sehingga 25 Mei 2011.
Dokumen Permohonan/ Rujukan :
  1. LAMPIRAN A : Borang JPA(L) LDP 1B/96 (Pin. 2011 - BELIA)
  2. LAMPIRAN B : Borang JPA(L) LDP 1A/96
  3. Surat Edaran
Alamat Surat- Menyurat
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA.
(u.p: Unit Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan)
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini bolehlah menghubungi:
Unit Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Telefon: 03-8885 3546
Faks: 03-8889 2171
Emel: ldp@jpa.gov.my

PENATNYE MEETING

hari ni aku attend meeting tentang Aset . fuh pening........sakit kepala balik lambat

TeRbaik Dari LadanG.....Just Click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CERITA YANG SUKE DI HEBOH2 KAN ni haa.......