Pokok Cerita
Nama saintifik : Andrographis paniculata Nees
Air rebusan pokok ini diminum untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Daun pokok ini dicampurkan dengan misai kucing dan direbus bersama bagi mengubati penyakit kencing manis.
Asam Jawa
Nama saintifik : Tamarindus indicus Linn
Bagi melegakan bisul, daun asam jawa ini dicampur dengan sedikit kunyit dan disapu pada kawasan bisul. Kulit batang pokok ini direbus dan airnya diminum untuk mengubati lelah.
Lidah Buaya
Nama saintifik : Aloe veraJus daripada pokok ini digunakan untuk melembutkan kulit, mengubati luka dan kudis. Ekstrak daripada daunnya yang kering digunakan sebagai julap untuk memudahkan pembuangan air besar.
Lengkuas
Nama saintifik : Alpinia galanga SwartzDaunnya direbus dan air rebusannya digunakan sebagai losyen bayi. Tuaman daun yang telah direbus juga digunakan untuk mengubati sengal tulang.
Mengkudu
Nama saintifik : Morinda citrifolia Linn
Buah yang masak, dimakan untuk membersihkan darah bagi wanita. Daunnya dilayur dan didemah pada dada dan perut untuk mengubati demam dan sakit di dalam perut.
Setawar
Nama saintifik : Costus speciosus SmithBatangnya digunakan sebagai ubat untuk merawat kulit yang meruam dan berair. Caranya ialah dengan menumbuk batangnya yang segar dan sapukan pada kulit yang berkenaan.
Belimbing Buluh
Nama saintifik : Averrhoa bilimbi LAir belimbing buluh yang muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk mengelakkan pitam. Bagi merawat batuk, daun, bunga dan buah belimbing buluh direbus dalam jumlah yang sama banyak sehingga mendidih dan airnya diminum setiap pagi.
Kadok
Nama saintifik : Piper sarmentosum RoxbBerkhasiat mengubati batuk, selsema, sakit gigi dan sengal tulang dengan cara merebus keseluruhan pokok ini dan airnya diminum. Bagi mengubati penyakit malaria, ambil segenggam daun kadok yang segar dan rebus di dalam periuk dengan 3 cawan air. Rebusan air tadi kemudiannya diminum setiap hari sehingga penyakit sembuh. Bagi tujuan mengubati penyakit sukar buang air, beberapa helai daun direbus selama beberapa jam dan air rebusan tadi diminum.
Melur
Nama saintifik : Jasminum sambac AitBunganya digunakan untuk menggalakkan pengeluaran susu bagi ibu yang menyusukan anak dengan cara menyapunya pada buah dada. Rebusan bunga ini diminum bagi mengubati demam.
No comments:
Post a Comment