Wednesday, 11 January 2012

Maksud Edible Garden.

Apakah yang dimaksudkan dengan Edible garden? Bagi agen2 pengembangan pertanian anda seharusnya mengetahui secara menyeluruh apakah teknologi atau istilah yang berhubung kait dengan  teknologi pertanian. kerana inilah salah satu soalan yang ditanya semasa temuduga naik pangkat anda. Selamat berjaya.


Edible garden membawa maksud mini taman yang menggabungkan jenis tanaman yang terdiri daripada sayur-sayuran, ulam-ulaman, pokok herba dan buah-buahan. Jika di definisikan ianya membawa maksud taman yang boleh dimakan.Ini bermakna taman tersebut dibangunkan berkonsepkan tumbuhan yang boleh dimakan mengikut kepelbagaian warnanya. contoh, cili merah, tomato chery yang berwarna oren, kobis bunga termasuklah pokok kunyit yang mempunyai daun yang lebar dan menghijau dengan cantik apabila di kombinasikan menjadi mini taman yang indah.


Biasanya edible garden dibangunkan di suatu sudut yang sempit, minimum  dan digabungkan dengan hiasan lanskap. seperti blok pancuran air terjun buatan, batu-batuan putih(peble wash) untuk menambahkan lagi keserian taman ini.


Konsep Edible garden ini adalah diasaskan oleh Datin Seri Jeanne Abdullah bekas isteri Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi (Pak lah). Ianya adalah bagi membantu golongan surirumah untuk meminimumkan kos dapur.

Contoh lain komuniti yang melaksanakan konsep ini adalah bagi warga felda. setiap isi rumah digalakkan untuk membina satu edible garden masing-masing dan akan diadili oleh Ajk felda . Konsep ini adalah amat bermanfaat selain dapat mengurangkan kos sara hidup masyarakat yang semakin meningkat dari hari kehari.





No comments:

TeRbaik Dari LadanG.....Just Click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CERITA YANG SUKE DI HEBOH2 KAN ni haa.......