Tuesday 1 March 2011

PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA DI REPUBLIK KOREA TAHUN 2011


PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA DI REPUBLIK KOREA TAHUN 2011
Tajaan :Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Kategori :Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan
Syarat-syarat:
  1. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2011;
  2. Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan;
  3. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  4. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2007, 2008 & 2009 atau 2008, 2009 & 2010). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;
  5. Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
  6. Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;
  7. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
  8. Telah mengisytiharkan harta.
Tatacara Permohonan :
Tanggungjawab Pegawai:
a) Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan di LAMPIRAN A (Borang JPA(L) LDP 1B/96 [Pin. 2011 – BELIA])
b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:
  1. Borang JPA(L) LDP 1A/96 (LAMPIRAN B);
  2. Senarai Tugas; dan
  3. Salinan Kad Pengenalan calon.
c) Semua salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf atau lebih tinggi.
d) Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.
Tarikh- Tarikh Penting :
  1. Tarikh tutup pencalonan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan adalah pada 11 Mac 2011.
  2. Semakan panggilan ke sesi temuduga akan diumumkan di laman web JPA iaitu www.jpa.gov.my atauesilav2.jpa.gov.my pada 30 Mac 2011.
  3. Keputusan pencalonan yang berjaya akan diumumkan di laman web JPA iaitu www.jpa.gov.my atauesilav2.jpa.gov.my pada 29 April 2011.
  4. Program tersebut bermula pada 16 Mei 2011 sehingga 25 Mei 2011.
Dokumen Permohonan/ Rujukan :
  1. LAMPIRAN A : Borang JPA(L) LDP 1B/96 (Pin. 2011 - BELIA)
  2. LAMPIRAN B : Borang JPA(L) LDP 1A/96
  3. Surat Edaran
Alamat Surat- Menyurat
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA.
(u.p: Unit Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan)
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini bolehlah menghubungi:
Unit Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Telefon: 03-8885 3546
Faks: 03-8889 2171
Emel: ldp@jpa.gov.my

No comments:

TeRbaik Dari LadanG.....Just Click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CERITA YANG SUKE DI HEBOH2 KAN ni haa.......