Wednesday 25 May 2011

Nikmatilah Kehidupan

Hidup ini adalah amat singkat sekali pada insan yang bergelar manusia diatas muka bumi ini. Setiap orang mempunyai pelbagai cara yang tersendiri untuk menikmati kehidupan mereka. Pelbagai ragam ,cara dan kesukaan masing2. setiap orang haruslah mempuyai impian dan angan2 yang besar. kerana apabila terbitnya impian kita akan mengangankan ianya memjadi realiti dan tentulah kita ingin sekali merealisasikannya. Orang yang berimpian itulah orang yang berjaya kerana apabila tiada impian jadi tiada pencapaian individu tersebut..

Namun benar, impian sahaja tidak memcukupi untuk kita dapatkan sesuatu walaupun dalam percintaan . kita harus mempunyai sasaran untuk mencapai matlamat supaya ia benar2 dapat direalisasikan.  Jangan difikirkan kesusahan diri yang berlalu dan memenatkan fikiran dengan hal2 yang remeh dan temeh untuk difikirkan . Seandainya merasa kecewa dengan apa yang terjadi fikirkan benda2 lain yang dapat membakitkan mood dalam diri  dan aura semangat pasti akan terpancar. Bercakap dengan diri sendiri dan sediakan ruang yang sunyi seketika untuk merenungi kekhilafan diri kita.. Setiap yang berlaku pasti akan berakhir.


No comments:

TeRbaik Dari LadanG.....Just Click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CERITA YANG SUKE DI HEBOH2 KAN ni haa.......